View HQ VeMMA at Jaya One PJ, DR. Abraham dtg melawat office :) |
VeMMA adalah sebuah syarikat yang diuruskan oleh keluarga dan berasaskan nilai keluarga dan ditubuhkan oleh pengasas New Vision. New Vision yang ditubuhkan sejak lebih 18 tahun yang lalu ialah pemimpin dalam industri kesihatan dan mencapai jumlah jualan runcit yang melebihi USD$1 bilion dolar
New Vision telah menjadi sebuah syarikat yang terkemuka, kukuh dan boleh dipercayai dalam industri pemasaran rangkaian. New Vision beroperasi dari Ibu Pejabat baru seluas 26,000 kaki persegi di 8322, East Hartford Drive, Scottsdale, Arizona, Amerika Syarikat.
Syarikat ini juga mempunyai sebuah pusat pengedaran yang canggih seluas 25,000 kaki persegi serta sebuah kemudahan perkilangan cecair di Tempe, Arizona. Walau bagaimanpun di dalam industri pemasaran rangkaian (multilevel marketing), kadar syarikat baru yang gagal pada tahun pertama adalah sebanyak 90% dan disusuli lebih 98% dalam tempoh lima tahun, New Vision telah mencapai kejayaan dan keuntungan selama sepuluh tahun. Malah, yang lebih mengagumkan ialah New Vision telah membayar royalti lebih USD$500 juta dolar kepada ahli-ahlinya dan tidak pernah lewat menghantar cek-cek royalti atau menunaikan janjinya kepada para ahli.
VVIP VeMMA Nutrition at VAC 2012 |
VeMMA ialah hasil usaha dan pengalaman yang dilaburkan dalam bidang pemasaran rangkaian selama 18 tahun untuk mencipta peluang yang sempurna bagi 10 tahun yang akan datang serta masa depan selepas itu! Ini ialah peluang anda untuk mencapai hidup kaya dan bahagia yang akan memberi anda kebebasan dan keselesaan yang kita semua harap-harapkan dengan sokongan kukuh yang diberi oleh sebuah syarikat gergasi yang sungguh berjaya di dalam industri pemasaran rangkaian.
Perubahan Positif Bermula Dengan Individu-Individu Membantu Antara Satu Sama Lain
Kejayaan Vemma bergantung kepada keberkesanan formula saintifik yang telah terbukti secara klinikal. Misi syarikat ini adalah untuk membantu meningkatkan kesejahteraan hidup setiap pengguna Vemma dari aspek 'kesihatan' dan pada masa yang sama memberikan mereka peluang menambah pendapatan sekiranya mereka berkongsi kehebatan poduk Vemma.
Rancangan atau pelan perniagaan ini adalah hasil daripada pemikiran kreatif Pengasas dan CEO Vemma, Bk, Boreyko yang telah lama membantu mereka yang berada disekeliling beliau supaya mampu menjalani hidup yang lebih baik.
“Kami sedar bahawa antara punca utama kegagalan satu perniagaan atau muflis adalah penyakit, manakala punca utama kepada penceraian atau kegagalan satu perkahwinan adalah kerana masalah kewangan. Kedua-dua keperluan penting ini boleh diisi oleh Vemma. Sukar untuk kita bahagia dengan hidup kita sekiranya kita dibelenggu masalah penyakit."- BK Boreyko.
Vemma mempunyai pelan perniagaan yang terbahagi kepada dua pecahan utama dan hasil kejayaan formula Vemma ini telah dikongsi bersama ribuan ahli Vemma di lebih 50 negara di seluruh dunia.
Bahagian pertama: AMALKAN SUPPLEMEN VEMMA:
Apabila kesihatan terjaga, ianya akan memberikan kebahagian hidup dengan mengamalkan suplemen Vemma. Keberkesanannya akan membolehkan anda menjalani hidup yang lebih sihat.
Bahagian kedua: BERKONGSI KEBERKESANAN PRODUK VEMMA BERSAMA DENGAN ORANG LAIN.
"Saya membelanjakan berjuta-juta dollar kepada mereka yang mengamalkan suplemen kami dan kemudiannya memilih untuk mencadangkan produk kami kepada orang lain. Dan untuk pengetahuan anda, apa yang menjadi kunci kejayaan kami adalah keunikan pelan perniagaan kami.” Kata BK.
Sebagai seorang eksekutif pemasaran yang berpengalaman serta pemenang pelbagai anugerah keusahawanan, BK telah Berjaya membina dua syarikat kesihatan dan kesejahteraan dengan jumlah pendapatan melebihi $1.5 Billion. Vemma adalah usaha beliau yang terbaru di mana Vemma menggabungkan kombinasi sains yang dikepalai oleh Yibing Wang MD, PhD dengan pasukan pengurusan eksekutif yang berbakat, dengan berbekalkan hasil pengalaman melebihi 8 dekad dalam industry pemasaran rangkaian.
Vemma akan mengubah hidup anda menggunakan produk Ultra-Premium, komitmen yang berterusan dan kukus serta rancangan pampasan yang memuaskan. Vemma boleh membantu anda bukan sahaja untuk menjadi lebih sihat tetapi juga lebih bahagia. Sekiranya ada seseorang yang ingin anda bantu, minum Vemma mungkin adalah jawapan kepada masalah anda.
Bisnes di VeMMA Semudah > A B C
Ambil pakej pilihan anda & semestinya Diamond Health Pack utk layak semua jenis bonus / income besar.
Bayar secara online atau tunai berdasarkan harga pembelian produk.
Call Vemma HQ utk mengesahkan pembayaran anda & call enroller anda juga.
Dapatkan ID untuk mempromosi web percuma anda sendiri.
Elak dari melakukan biz ini bersendirian atau membuat “landasan” baru.
Follow enroller dan leader2 anda.
Gunakan kekuatan anda untuk mempromosi biz anda secara online atau offline atau keduanya
Hadiri event2 untuk menerima ilmu dan berpeluang mendekati mrk yang berjaya (aura positif).
Impian anda adalah faktor utama kejayaan anda.
Jaga network anda samada direct/indirect enroll atau spillover daripada upline.
Kedua-dua belah “kaki” anda terlalu berharga & perlu diberi perhatian sama rata.
Latih diri untuk terus meningkat dan menjadi idola dikalangan kumpulan anda.
Mendidik diri & team untuk cekal dengan sebarang cabaran, kerana percayalah-
Nothing is Impossible.
Orang yang sentiasa memberi pasti lebih menerima.
Perjalanan kejayaan lebih mudah jika bergerak bersama-sama.
Quality network anda adalah cerminan diri anda.
Ramai yang berjaya kerana belajar dari kegagalan lampau atau pengalaman org terdahulu.
Sebahagian yang tewas bukan kerana gagal tetapi tidak mahu berjaya.
Tawakkal padaNya setelah kita berusaha.Untuk itu sentiasalah bersangka baik atas pemberianNya.
Vision apapun yang kita ada,
Walau siapa pun kita.
X-Faktor apapun yang kita gunakan,
Yakinlah Tuhan akan melimpahkan rezekiNya tanpa jemu sehingga……
Zzzzzz pun rezeki melalui passive income akan masuk ke akaun kita.
========================================================================
No comments:
Post a Comment